Monday 21 May 2012

BULAN REJAB BULAN ALLAH SWT


Bersabda Rasulullah s.a.w. maksudnya "Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku." Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata kerana mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. maksudnya,

i. Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredaan Allah.

ii. Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah.

iii. Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan oleh Allah dari dugaan dunia, diselamatkan dari penyakit merbahaya dan diselamatkan dari diseksa di akhirat kelak serta dari fitnah dajjal.

iv. Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahannam baginya.

v. Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan dibukakan oleh Allah 8 pintu syurga untuknya.

vi. Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka Allah akan memperkenankan semua permintaan dan hajatnya.

vii. Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lau disamping akan digantikan segala amal kejahatannya dengan amal kebaikan.

viii. Sesiapa yang berpuasa lebih dari 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalnya dengan berlipat kali ganda lagi.

ix. Orang yang berpuasa dalam bulan Rejab di syurga kelak akan diberi minum dari air sungai yang bernama Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji.

x. Dalam bulan yang lain setiap amalan kebaikan Allah akan membalas dengan 10 kebajikan tetapi dalam bulan Rejab Allah akan membalas setiap amalan kebaikan dengan 70 kebajikan.

xi. Digalakkan supaya memperbanyakkan bacaan doa, zikir, istighfar serta mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan ini seperti Israk dan Mikraj Rasulullah s.a.w.

Sunday 20 May 2012

10 AMALAN YANG TERBALIK

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

 7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan $20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar $15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Friday 18 May 2012

7 Perkara Kukuhkan Hubungan Cinta


Ramai orang yang bercinta dan ramai juga yang kecewa. Tapi siapa pula kata tak ramai yang bahagia dalam bercinta? Ramai juga. Tak percaya cuba kira. Orang lain nak bercinta, kita pun teringin juga. Tapi bukankah cinta itu fitrah manusia. Kalau nk ditahan-tahankan perasaan tu, mau gila jadinya. Tambah-tambah lagi orang yang kita sayang berada di depan mata, hampir disisi kita. Itulah sebabnya ramai yang kelam-kabut dalam percintaan dan perhubungan. Dalam fikiran mereka cuma fikirkan ‘bahagia’ ‘gembira’ dan ‘best giler‘ tapi jarang-jarang sekali terbit difikiran mereka, ‘sabar’, ‘pengorbanan’ serta ‘duka dan derita hadapi bersama’. Bila minda dan hati tak bersedia, maka cinta yang dibina mudahlah luntur warnanya. Baru diuji sedikit, bagai tsunami jadinya. Yang jadi korban, diri sendiri juga.

Saya tak mahu berceloteh panjang, tapi 7 perkara di bawah mampu menjadikan hubungan cinta anda lebih kukuh, lebih bahagia, lebih ‘syok’ dari sebelumnya!:

1. Kasih Sayang dan Cinta Yang Sebenar-benarnya

Cinta jangan hanya kerana nafsu. Biasanya cinta kerana nafsu ini adalah cinta yang terbit dek kerana terpesona dengan kecantikan rupa. Bukannya tak boleh jatuh cinta dengan si tampan dan jelita, namun cubalah mencintai dirinya bukan hanya pada ketampanan atau kejelitaannya saja. Nak tahu sama ada anda ikhlas atau tidak, cuba anda tanya pada diri anda sendiri. Apabila tiba suatu masa dirinya sudah tidak begitu cantik atau menawan, adakah cinta anda padanya tidak pudar walau sedikitpun? Apabila dia sudah tidak begitu berharta, adakah anda sanggup mencintainya dan berada disisinya? Jika jawapan anda YA! Tahniah, kawan. Anda benar-benar pecinta yang sejati!

2. Memberi dan Menerima

Memberi dan menerima atau ‘give and take’ dalam percintaan adalah sesuatu yang ‘menghidupkan’ perhubungan. Erti memberi itu luas. Bukan hanya memberi hadiah saja. SMS, kata-kata cinta, pujian, pertolongan, dan sebagainnya itu juga adalah memberi. Pihak yang menerima pula PERLU pandai menghargai apa saja yang diterima dari kekasih hatinya dan pandai pula membalasnya. Tunjukkan padanya yang anda benar-benar menghargai pemberiannya. Kadang-kadang, ucapan ‘terima kasih’ atau ‘thanks’ saja tidak memadai. Bayangkan anda beriya-iya , dengan susah payah membantu pasangan anda atau membelikan hadiah untuknya, lalu dia membalasnya dengan ucapan “terima kasih” dan itu saja! Tiada pujian, tiada senyuman, tiada kata-kata penghargaan. Oh, hambarnya! Ingat, anda perlu saling memberi dan tahu pula adab menerima. Jangan berat disebelah pihak saja. Jika anda sering merasakan dalam hubungan, seperti anda yang selalu ‘lebih-lebih’ sedangkan si dia ‘rilek’ saja, nampaknya ada yang tak betul dalam percintaan anda berdua. Mungkin si dia tidak ‘begitu’ mencintai anda. Anda faham maksud saya?

3. Saling Bekerjasama

Sejauh manakah anda dan pasangan anda dapat bekerjasama dengan baik? Pasangan yang ideal dan bahagia selalunya ialah mereka yang bersatu-padu, saling bantu membantu, ibarat kata pepatah, ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing‘. Mereka umpama sahabat yang paling akrab yang sering bersama-sama berganding bahu dalam menyelesaikan pelbagai masalah dan rintangan. Pasangan yang baik adalah mereka yang tidak membiarkan pasangan mereka terkontang-kanting sendirian dalam kesusahan dan kesedihan, apatah lagi membina dan mempertahankan mahligai cinta sedangkan disebalah pihak hanya lepas tangan. Kalau anda nak tahu, ini namanya bertepuk sebelah tangan. Jika anda rasakan pasangan anda amat sukar untuk memberi kerjasama, apalagi untuk memahami perasaan anda yang inginkan bantuan, cubalah berbincang dengannya dengan baik. Jika si dia masih tidak berubah, mungkin ini masanya untuk anda angkat kaki dan ‘blah‘!

4. Gurau Senda dan Lawak Jenaka

Hiasi suasana hubungan anda dengan gurauan dan lawak jenaka. Kalau serious saja, mau tak jemu jadinya. Kalau anda mempunyai pasangan yang sentiasa serious, yang berlagak ‘professional‘ setiap masa, mengaku saja yang anda mula ‘bosan’ dan ‘penat’ dengannya. Ingat, walaupun anda boss di tempat kerja, anda masih manusia yang perlu pada gurau senda. Tak perlu kekal bermuka dan beperwatakan serious sepanjang masa. Walauapapun, saya tak suruh anda jadi pelawak. Gurauan dari anda, cukuplah sekadar mampu mengukir senyuman di wajahnya dan menjadikan dirinya terhibur. Buat para lelaki, orang perempuan memang suka pada lelaki yang mempunyai sense of humor!

5. Fikiran positif

“Kenapa lambat balas sms aku?” “Kenapa tak sms aku, tak ingat kat aku ke?” “Esok hari jadi aku, tapi dia macam buat tak tau je..” Jika anda berada dalam situasi seperti ini dan terus berfikiran negatif, saya ragu kalau hubungan cinta anda akan berpanjangan. Percintaan yang diselubungi oleh prasangka buruk dan fikiran negatif sangat payah untuk terus berdiri. Andai terdapat perkara yang anda ragukan atau sesuatu yang membuat anda rasa ‘tak puas hati’ minta saja penjelasan darinya dengan cara yang baik. Jika anda benar-benar sayangkan hubungan anda, cubalah berfikiran positif. Fikiran positif bukan saja dapat menyelamatkan hubungan anda, tapi mampu menjadikan hidup anda lebih ceria dan gembira. 

6. Ada Matlamat

Dalam percintaan anda perlu mempunyai matlamat yang jelas. Ke mana anda mahu bawa bawa hubungan anda? Bagi yang belum berkahwin, anda harus menetapkan PERKAHWINAN sebagai matlamat percintaan anda. Ada orang bercinta separuh nyawa tetapi tidak pernah terfikir untuk berkahwin. Duhai adik-adiku, para remaja sekalian, adakah anda begitu? Bercinta dalam usia yang terlalu muda sebenarnya sangat mencabar. Kemungkinan besar cinta yang dibina bakal berakhir separuh jalan (mungkin juga suku). Selagi anda tidak menetapkan matlamat yang jelas bagaimana anda mampu membawa percintaan anda ke jinjang pelamin, tiada siapa dapat menjamin hubungan anda akan berpanjangan.

7. Memiliki Hati Yang Bersih

Memiliki hati yang baik, suci dan bersih bukan saja satu kemestian dalam percintaan, tetapi juga dalam kehidupan. Dalam hubungan percintaan, pelbagai sikap dan sifat buruk boleh terbit dan terbentuk akibat hati yang tidak bersih. Ego yang tinggi, panas baran, angin tak tentu pasal, degil dan keras hati, sombong dan bongkak, zalim, cinta nafsu, semuanya ini berpunca dari hati yang kotor. Kes main kayu tiga, cinta beralih arah atau curang dalam percintaan adalah antara kesan daripada hati yang tiada ‘nur’. Sejauh manakah anda dalam hal ini? Bagaimana anda melihat diri anda sendiri? Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya. Bersihkanlah hati anda, sentiasalah perbaiki kelemahan diri. Masih belum terlambat untuk anda berubah menjadi lebih baik. Namun, jika anda merasakan anda memang ‘OK’, bagaimana dengan pasangan anda? Ingat, bila bercinta, hati mau baik!

Itulah 7 perkara yang saya rasakan yang menjadi tonggak kekuatan pada hubungan percintaan, berdasarkan ilmu dan pengalaman. Tak semestinya betul, namun jika tiada salah satu dari 7 perkara tadi, mungkin boleh meletakkan hubungan cinta anda dalam keadaan yang tidak selamat. Semoga apa yang saya kongsikan, dapat menjadi manfaat buat diri saya sendiri dan sudah tentu pada anda semua. Saya juga doakan semoga anda dikurniakan pasangan hidup yang baik dan membahagiakan. Amiin..

Saturday 11 February 2012

Dosa Berkuku Panjang

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjag.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.


The Truth

Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.

Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

And additional info, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

Saturday 15 October 2011

BILA LELAKI BETUL2 SERIUS DALAM PERCINTAAN….

1.     Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan...
2.     Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
3.     si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu… 
4.     Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
5.     Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah...Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu..
6.     .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel  Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.
7.     Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja
8.     Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu..
9.      Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.
10.  Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.
11.  sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya..
12.  Tidak suka kamu memakai seksi...kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek...
13.  Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
14.  Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
15.  Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
16.   Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17.   Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
18.   Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu...
19.   Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya. 
20.   Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.

HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

Friday 19 August 2011

Gejala-gejala yang berlaku semasa berpuasa:


Beberapa perkara akan berlaku disebabkan oleh pembuangan toksin dan bahan buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau, peluh juga berbau, kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau dan mungkin juga kerap kencing, buang air besar selepas beberapa hari berpuasa, sakit kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksin keluar dari lemak ke darah, sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selsema dan kahak serta lendir dan keputihan.

Pesanan: Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia akan berhenti dengan sendirinya.

Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:
(i) Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter).
(ii) Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan
(iii) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang.
(iv) Kurangkan kadar makanan dari biasa
(v) JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.
(vi) Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang terminum.

Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.

Cara berpuasa yang tidak berkesan:
(i) Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka)
(ii) Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam
(iii) Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi pengidap batu karang, gout dan alahan.
(iv) Mengulangi makan sepanjang malam.
(v) Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan
(vi) Tidur selepas kenyang makan

Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan kimia:
(i) Kopi dan teh.
(ii) Air paip masak yang tidak ditapis.
(iii) Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti burger, sosej, mee segera, air tin & kotak, air squash, nugget dan seumpamanya.
(iv) Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia menyebabkan air bertakung dalam badan (water retention)
(v) Merokok

Fasa-fasa puasa yang berjaya: Fasa pertama (2-3 hari): Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah Fasa kedua (3-14 hari): Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu. Fasa ketiga (14-akhir puasa): Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.

Amalan hari raya yang merosakkan manfaat puasa:
(i) Makan banyak (terutamanya daging, berempah, berlemak dan berminyak)
(ii) Makan kerap
(iii) Kuih-muih yang payah dihadam
(iv) Air yang mengandungi pewarna, perasa tiruan

Manfaat puasa yang berkekalan:
(i) Kurang makan kerana perut dah kecut
(ii) Kesihatan bertambah baik

Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala)."

Tuesday 2 August 2011

Kelebihannya pada malam tiap-tiap Ramadan:-

Terdapat banyak kelebihan di bulan Ramadan. Dan di antara kelebihannya pada malam tiap-tiap Ramadan:-


Malam ke 1 – Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Malam ke 2 – Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa- dosa kedua ibu bapanya.

Malam ke 3 – Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malarnmalam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Malam ke 4 -Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam ke 5 – Allah S.W.T akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam ke 6 – Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

Malam ke 7 – Seoalah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

Malam ke 8 – Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Malam ke 9 – Allah S.W.T akan mengumiakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad SAW.

Malam ke 10 – Allah SWT mengurniakan kepada kebaikan dunia dan akhirat.

Malam ke 11 – la meninggal dunia didalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Malam ke 12 – la akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

Malam ke 13 – la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

Malam ke 14 – Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

Malam ke 15 – Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam ke 16 – Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam ke 17 – Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam ke 18 – Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

Malam ke 19 – Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam syurga firdaus.

Malam ke 20 – Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

Malam ke 21 – Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

Malam ke 22 – la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

Malam ke 23 – Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

Malam ke 24 – Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Malam ke 25 – Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

Malam ke 26 – Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Malam ke 27 – Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

Malam ke 28 – Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

Malam ke 29 – Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

Malam ke 30 – Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumiah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW yang bernama Al-Kautsar.